Memaparkan catatan dengan label IPD Ledang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IPD Ledang. Papar semua catatan

Khamis, 24 Julai 2014

MERCUN 'PELURU BERPANDU' DIRAMPAS DI LEDANG, JOHOR


Ledang, 23 Julai - Mercun seakan periuk api dan roket peluru berpandu adalah antara pelbagai jenis bahan itu yang dirampas dan dianggar bernilai RM30,000 dalam empat serbuan berasingan oleh polis daerah ini sepanjang Ramadan.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Mohamed Salleh Abd. Razak berkata kedua-dua jenis mercun yang diimport dari negeri China itu adalah antara 10 jenis yang dilarang dan didapati dijual dengan harga antara RM10 hingga RM200 seunit dalam pasaran tempatan.

Selasa, 22 Julai 2014

POLIS BERKAS TIGA INDIVIDU, RAMPAS HEROIN


Tangkak, 21 Julai - Polis memberkas tiga individu termasuk seorang pemuda dan tunangnya serta merampas dadah dipercayai heroin bernilai RM5,900 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kesang, di sini, dua hari lepas. 


Ketua Polis Daerah Ledang Supt Mohamed Salleh Abd Razak berkata serbuan dilakukan kira-kira pukul 6.30 pagi dan heroin seberat 195.23 gram yang siap diproses serta diisi dalam paket plastik itu ditemui disembunyikan di tempat pembuangan sampah di luar rumah. 


"Pemuda berumur 29 tahun, tunang dan rakannya yang berumur 18 tahun itu kini sedang disiasat lanjut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang, hari ini. 


Mohamed Salleh berkata dadah tersebut dianggarkan boleh dibekalkan kepada 9,800 penagih. 


Beliau berkata saringan air kencing mendapati pasangan tersebut positif dadah jenis syabu manakala rakan mereka bebas dadah. 


Katanya, kesemua mereka yang tidak mempunyai rekod jenayah kini direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...