TANAH MERAH - Polis mengedarkan gambar empat suspek
lelaki dipercayai terlibat dalam kes melepaskan tembakan di sebuah rumah tanpa
nombor di Kampung Alor Bemban, Bukit Kechik dekat sini, 25 Februari lalu.
Suspek pertama ialah seorang lelaki Melayu berusia
40an dikenali dengan nama Lan Pok Wa dan disyaki bertanggungjawab melepaskan
tembakan dalam kejadian tersebut.
Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintendan
Mohd Fadzir Manap berkata, individu kedua dicari ialah Mohd Razi Bahar Din atau
Roji Barat, 44, yang beralamat di Tanah Putih Bstu, dekat Kuantan, Pahang.
"Suspek ketiga ialah Zainal Abidin Jaafar, 52, atau
lebih dikenali dengan nama Jenal atau Abe Din dari Kampung Rasal, Tok Uban,
Pasir Mas.
"Seorang lagi suspek dikenali dengan nama
panggilan Bulat atau nama sebenarnya, Mohd Azizul Md Salleh, 31, yang beralamat
di Kampung Padang Kijang, Tanah Merah," katanya pada sidang media, di
sini, pagi ini.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3, Akta
Senjata Api (Penalti Lebih Berat) serta Seksyen 307 dan Seksyen 435 Kanun
Keseksaan.