KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan
dua lelaki termasuk pegawai kerajaan berusia 39 tahun ditahan kerana didakwa
ada kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Suspek
berusia antara 22 tahun dan 29 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan di Johor,
Perak dan Kuala Lumpur antara 28 Februari dan 2 Mac yang dilakukan Bahagian
Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.
Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata wanita tersebut yang berusia 29 tahun
merupakan seorang suri rumah dan berasal dari Johor dipercayai bertanggungjawab
merekrut individu lain untuk menyertai IS.
"Suspek
kedua, seorang peniaga berusia 22 tahun dari Perak dipercayai membiayai mereka
yang ingin berlepas ke Syria untuk menyertai IS.
"Suspek
ketiga seorang pegawai kerajaan berusia 39 tahun dikenali pasti sebagai salah
seorang ahli kanan IS," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Jelas
beliau, Bukit Aman tidak akan membiarkan Malaysia menjadi sarang pengganas.