Selasa, 17 Jun 2014

Dibunuh kerana giliran memasak


Shah Alam: Seorang pekerja pencuci warga Pakistan mati dipercayai dibunuh rakan serumahnya di tingkat 8 bangunan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di sini, petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Uzair, 25, disyaki dibunuh rakan serumahnya berusia 24 tahun berikutan perselisihan faham mengenai giliran memasak di kediaman mereka. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat dari majikan mangsa dan rakannya itu yang menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah di tingkat lapan bangunan IPTS berkenaan, kira-kira 4 petang .

"Kami difahamkan sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek berkaitan giliran memasak di asrama mereka, namun pergaduhan itu berjaya dihentikan penyelia mereka.

"Polis kini memburu suspek yang juga rakan senegara mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...