Selasa, 17 Jun 2014

Penyeludupan rokok di Kelantan meningkat 45.5 peratus


KOTA BHARU - Kes penyeludupan rokok di Kelantan meningkat 45.5 peratus kepada 112 kes dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding 77 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Datuk Azis Yacob berkata, hasil cukai ke atas rokok seludup tersebut dianggarkan sebanyak RM1.72 juta.
Jabatan Kastam memerlukan kerjasama semua pihak untuk membanteras kegiatan penyeludupan rokok haram di negeri ini, katanya pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Bersama Mencegah Penyeludupan Rokok Zon Timur di sini, hari ini.
Azis berkata, sejak Januari hingga Mei lepas, pihaknya juga berjaya mematahkan 345 kes penyeludupan pelbagai barangan termasuk rokok, bahan api, minyak masak dan tepung gandum.
"Secara keseluruhan lebih RM1 juta nilai rampasan yang dibuat terhadap kes tersebut yang melibatkan cukai sebanyak RM2.185 juta,” katanya. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...