GEORGE TOWN: Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi
mengenal pasti sama ada mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni
yang ditemui dalam tali air di tebing sungai Jalan Kampung Permatang, Sungai
Bakap semalam mempunyai kaitan dengan penemuan mayat tanpa kepala di Bukit
Mertajam pada Isnin lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata bedah siasat mayat dijangka dilakukan Pakar Pathologi Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh esok.
"Bedah siasat
kepala lelaki yang ditemui di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam itu telah
dijalankan pada Rabu dan sekarang ini polis tunggu laporan bedah siasat mayat
tersebut.
Selepas terima laporan,
baru kami boleh tentukan sama ada kepala dan badan yang ditemui secara
berasingan itu mempunyai kaitan antara satu sama lain," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Isnin lepas, satu bungkusan berisi kepala manusia
ditemui berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria dipercayai
diletakkan dua penunggang motosikal.
Manakala semalam, mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni ditemui penduduk di dalam tali air di Sungai bakap yang dipercayai hanyut dan tersangkut di tebing berkenaan.
Manakala semalam, mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni ditemui penduduk di dalam tali air di Sungai bakap yang dipercayai hanyut dan tersangkut di tebing berkenaan.
Abdul Rahim berkata setakat ini polis masih belum
dapat mengenal pasti identiti kedua-dua mayat berkenaan dan beliau meminta
kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar
menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua
kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sepanjang tempoh Januari hingga semalam, sebanyak 51 kes pembunuhan dengan 33 kes membabitkan warga asing dilaporkan di Pulau Pinang.
Sementara itu, beliau berkata sepanjang tempoh Januari hingga semalam, sebanyak 51 kes pembunuhan dengan 33 kes membabitkan warga asing dilaporkan di Pulau Pinang.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes bunuh
membabitkan warga Myanmar dan siasatan polis mendapati kebanyakkannya
membabitkan motif pergaduhan di tempat kerja, mabuk dan hutang," katanya.