Gambar hiasan |
HULU TERENGGANU – Program polis turun ke masjid merupakan program susulan Kepolisan Berprofil Tinggi (KBT), di mana salah satu program yang telah dikenal pasti pucuk pimpinan polis untuk merapatkan lagi anggota polis dengan ahli kariah sesebuah masjid setempat.
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, program 1Masjid 1Anggota Polis ini telah mula dilaksanakan di seluruh negara tahun lepas.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas bersolat Jumaat di Masjid Kampung Kuala Ping di sini. Turut hadir pemangku Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil.
Mortadza berkata, dengan jalinan kerjasama yang erat antara polis dan masyarakat, mereka mampu membendung kegiatan jenayah di satu-satu kawasan dengan lebih efisyen. – BERNAMA