Memaparkan catatan dengan label Mencegah Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mencegah Jenayah. Papar semua catatan

Isnin, 28 Januari 2013

IPD JB Selatan lakar sejarah

IPD JB Selatan lakar sejarah
Ismail diiringi Zainuddin melancarkan program Ronda Berbasikal Pegawai Kanan Polis IPDJBS dan Pelepasan Ronda dan Riadah Jelajah Johor 'Crime Awareness' NKRA Johor di IPK Johor

JOHOR BAHRU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melakar sejarah tersendiri apabila menjadi IPD pertama di negara ini yang memiliki pasukan ronda berbasikal melibatkan pegawai kanan polis, dalam usaha membanteras jenayah secara berterusan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, seramai 80 pegawai kanan di bawah IPD berkenaan terlibat dalam pasukan itu bagi meningkatkan tahap kesejahteraan dan kawalan keselamatan di sesuatu kawasan.

Sabtu, 3 November 2012

Pemilik lesen motosikal besar wajib ronda


KEPALA BATAS: Semua pegawai dan anggota polis Pulau Pinang yang memiliki lesen motosikal berkuasa tinggi diwajibkan membuat rondaan dua kali seminggu di kawasan kerap berlaku jenayah di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata kesemua mereka memperoleh lesen itu daripada kursus asas menunggang motosikal berat yang dijalankan. "Setiap kursus mengambil masa kira-kira sebulan.

Kita mahu setiap pegawai dan anggota yang mengikuti kursus itu turut menjalankan rondaan di kawasan kerap berlaku jenayah supaya memberi manfaat kepada orang ramai. "Selain itu, rondaan dengan menggunakan motosikal besar itu juga saya percaya mampu mengurangkan kadar jenayah terutama jenayah jalanan di negeri ini," katanya.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Guru Akan Diserap Jadi Sukarelawan Polis Cegah Jenayah


KUALA LUMPUR: Guru sekolah bakal diiktiraf sebagai kumpulan sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus bagi membantu mencegah kegiatan jenayah di kawasan sekolah.
Hadir ke sekolah lengkap beruniform polis, kumpulan guru terpilih itu juga bakal diberikan kuasa hampir sama dengan anggota polis.
Selain golongan pendidik, beberapa kumpulan dalam masyarakat seperti doktor, ahli perniagaan dan individu perseorangan juga akan dilibatkan menerusi Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi membantu PDRM mencegah jenayah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...