KOTA KINABALU: Pasukan
keselamatan dipercayai menembak mati tiga lelaki
bersenjata dalam
pertempuran semasa cubaan penculikan di Merabung di Darvel Bay di Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul
Rashid Harun mengesahkan berlakunya insiden tembak-menembak antara pasukan
keselamatan dan kumpulan bersenjata dalam kejadian pukul 9.30 malam Khamis.
"Saya akan beri butiran lengkap
kemudian, kita masih mendapatkan maklum balas penuh,'' katanya.
Satu sumber berkata, seorang anggota
keselamatan turut cedera semasa cubaan penculikan oleh kumpulan yang menculik
nelayan bagi mendapatkan wang tebusan.
Menurut sumber lagi, tiga penceroboh lain ditahan dalam kejadian itu.