Isnin, 11 Jun 2018

FUZI AKAN DISINGKIR, TIGA JABATAN POLIS AKAN DITUTUP?


KUALA LUMPUR - KETUA POLIS NEGARA, MOHAMAD FUZI HARUN AKAN DISINGKIR termasuk tiga jabatan sarat korupsi juga akan ditutup sebagai usaha kerajaan menghapuskan rasuah dalam sistem negara.

Tanpa menamakan sumber, akhbar The Straits Times melaporkan, sumber itu mendakwa Cawangan Khas (SB) sudah menghantar tiga nama untuk mengganti Fuzi yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September tahun lalu.

Tiga jabatan dijangka ditutup adalah PASUKAN TINDAKAN KHAS ANTI MAKSIAT, JUDI DAN GANGSTERISME, PASUKAN TINDAKAN KHAS JENAYAH TERANCANG dan PASUKAN KHAS TAKTIKAL DAN PERISIKAN NARKOTIK.

Menurut sumber berkenaan, TIGA JABATAN ITU DISYAKI MELINDUNGI PENJENAYAH.

“Selain itu, ramai juga pegawai kanan akan disingkir dan akan ada gempa 8.5 skala Ritcher (dalam pasukan polis) berlaku PADA JULAI,” kata sumber itu.

Ditanya siapakah yang akan pertama sekali disingkirkan, sumber menjawab: “No. 1”, merujuk kepada Fuzi.

Sumber tidak menyatakan bilakah Fuzi akan diganti, tetapi menamakan dua calon yang berkemungkinan besar jadi penggantinya ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Acryl Sani Abdullah Sani.

Noor Rashid, 60, adalah ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sebelum dilantik jadi timbalan ketua polis negara. Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Fizik dari Universiti Malaya.

Acryl Sani pula pernah menjadi ketua polis Sarawak dan Perak serta ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Sumber tidak menyebut nama ketiga yang dihantar.

BEBERAPA PEGAWAI TINGGI PULA AKAN DISINGKIR KERANA “TIDAK BERSIH”, kata sumber.

“Ada antara mereka ada kekayaan melampau…tidak masuk akal bagaimana mereka ada banyak kereta mewah serta tinggal di banglow.

“Ada yang salah guna kuasa- salah seorang salah guna kuasa bila jadi ketua jabatan dengan guna khidmat kereta pengiring. Dia tidak layak (ketika itu),” kata sumber.

Sebilangan yang lain pula perlu berundur kerana dianggap bersekongkol dengan Najib, kata sumber itu lagi.

Sumber: KLIK DISINI

Sabtu, 2 Jun 2018

SPRM TANGKAP 2 PEGAWAI TINGGI POLIS, RAMPAS HAMPIR RM1 JUTA


BANGI, 17 Ramadan 1439H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap dua pegawai polis berpangkat tinggi berpejabat di Bukit Aman, kelmarin.

Media melaporkan pegawai terbabit, seorang BERPANGKAT ASISTEN KOMISIONER (ACP) DAN ASISTEN SUPERINTENDAN (ASP) adalah dari Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman.

Kedua-duanya ditangkap di sebuah bengkel kereta di Subang Jaya, bersama seorang awam.

Sumber SPRM berkata, pemeriksaan menemui wang berjumlah RM341,000 di bengkel berkenaan.

“Pegawai SPRM kemudian membawa kedua-dua lelaki itu ke sebuah kondominium milik seorang daripada suspek dan menemui wang tunai anggaran RM400,000 hingga RM700,00,” katanya kepada NSTP.

NSTP memetik sumber sebagai berkata, kedua-dua pegawai polis terbabit kemudian dibawa ke pejabat STAGG di Pusat Latihan (PULAPOL) Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan di pejabat berkenaan menemui wang dianggarkan lebih RM225,000. Pemeriksaan dan serbuan selesai kira-kira jam 6.40 petang dan kedua-dua pegawai kanan polis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI/ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...