KUALA
LUMPUR - "PENINGKATAN TREND BERSARA AWAL DALAM
KALANGAN PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS BERADA DI TAHAP MEMBIMBANGKAN," kata
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Tahun ini
sehingga Oktober lebih 5,000 pegawai dan anggota telah bersara, kata
beliau.
“Daripada jumlah itu,
sebanyak 2,446 anggota polis memilih untuk bersara awal(pilihan
sendiri) dan selebihnya bersara wajib.
“Trend bersara awal atau
pilihan sendiri ini meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini atas pelbagai
faktor.
“Antara
alasan yang diberikan ialah kerana terdapat ahli keluarga yang sakit,
menghadapi tekanan atau bebanan kerja yang tinggi dan menghadapi masalah
kesihatan yang memaksa diri untuk bersara,” katanya kepada pemberita selepas
hadir Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Kadet Inspektor
dan Kadet Sarjan di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis(Pulapol) di sini, hari
ini.
Beliau berkata SETIAP TAHUN, LEBIH 5,000 PEGAWAI DAN ANGGOTA AKAN BERSARA dan
menjangka sebanyak 7,000 pengambilan baharu akan dilakukan bagi mengimbangi
semula jumlah yang bersara.
Tambah Mohamad Fuzi, trend
bersara awal ini juga merugikan Polis Diraja Malaysia(PDRM) kerana kehilangan
ramai pegawai berpangkat tinggi dan anggota yang berpengalaman luas.
"Bagi mengisi
kekosongan, tahun ini sahaja, PDRM menyasarkan pengambilan rekrut baharu
seramai 7,000 orang.
"Kami berharap masalah
serta trend bersara awal ini dapat diatasi dan kerajaan dapat memenuhi hasrat
PDRM untuk mendapatkan rekrut baharu mengikut keperluan agar tidak menjejaskan
khidmat kepada komuniti," jelasnya.
Seramai 248 anggota Kadet
Inspektor dan 146 Kadet Sarjan lelaki dan wanita yang berjaya menamatkan
latihan menyertai perbarisan tamat kursus asas kadet.
Pada upacara itu Kadet
Inspektor Bernadette Thien Mui Ling dan Kadet Sarjan Norashikin Zamri telah
diumumkan sebagai peserta terbaik keseluruhan latihan. - Bernama