KUALA LUMPUR - POLIS MENEGASKAN AKAN MENGAMBIL
TINDAKAN KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PERBUATAN MENGAGUNGKAN
KUMPULAN PENGGANAS DI NEGARA INI.
Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video membabitkan seorang
pemimpin negeri ini yang menghadiri satu program membabitkan Harimau Pembebasan
Tamil Eelam (LTTE) di ibu negara selain beberapa keping gambar
menunjukkan beberapa individu berarak dengan bendera pertubuhan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador
berkata, video yang tular di media sosial itu sudah lama berlaku.
"Perkara ini sudah diangkat kepada pihak
atasan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan keputusannya akan dibuat dalam sedikit masa lagi kerana sekiranya benar mereka
mengagungkan pertubuhan pengganas luar negara ia amat tidak kena dan tidak
sepatutnya berlaku di negara ini.
"Saya juga akan ambil tindakan sewajarnya dan
banyak lagi kes bukan sekadar kes ini sahaja di mana TIADA LAGI AMARAN
diberikan," katanya dalam sidang akhbar selepas Sesi Konsultasi dan
Lawatan Menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang ke Balai Polis, Lokap dan
Kuarters PDRM Bagi Zon Tengah di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras di
sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Liew Vui Keong, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian
Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Pengarah Pusat Governans,
Integriti dan Anti Rasuah, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.
Tambah Abdul Hamid, beliau turut mengingatkan tiada lagi
amaran membabitkan kes-kes sebegini dan tindakan akan diambil kepada sesiapa
sahaja yang menimbulkan isu menghasut, perkauman, keagamaan dan mencemarkan
instisusi raja.
Katanya, pihaknya akan bertindak adil dalam isu
ini.
Rujukan Artikel Penuh :
KLIK DISINI