Jumaat, 21 September 2012

Wanita separuh bogel mati dijerut


PENAMPANG: Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan apabila bukan saja lehernya dijerut, malah kaki dan tangannya turut diikat menggunakan tali dalam kejadian di Pangsapuri Delta Heights, di sini, petang semalam.

Mangsa, Rozaidah Lajalo, 28, dari Tawau, yang hanya berbaju dan berseluar dalam ditemui tertiarap oleh sepasukan polis dalam sebuah bilik, jam 6 petang.


Menurut sumber, sebelum itu, kakak mangsa dikatakan datang ke rumah di tingkat dua pangsapuri berkenaan selepas wanita terbabit tidak hadir ke tempat kerjanya di sebuah pusat hiburan, di sini.



Disiplin Pelajar Kian Membimbangkan


SAKIT...Logaganapathy (kanan) menunjukkan balutan jahitan di kepala Saturpaghan.
PETALING JAYA: Seorang penolong ketua pengawas menerima lapan jahitan di kepalanya selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang pelajar lain dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di Taman Medan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, K Saturpaghan, 16, dikepung lebih 10 pelajar di hadapan sekolahnya sebelum dimaki hamun dan dibelasah kerana melaporkan perbuatan mereka membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin sebulan lalu.


Mayat lelaki ditemui dengan kesan tikaman di dada


Gambar hiasan
SEREMBAN: Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan lorong belakang antara Jalan Utam Singh dan Jalan Kong Sang di sini, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata siasatan awal mendapati lelaki berumur antara 55 dan 60 tahun itu dipercayai warga tempatan. 

"Polis menerima panggilan orang awam pada jam 5.30 pagi dan ketika dijumpai, terdapat kesan tikaman di dada mangsa. 

Satu maut, tiga parah pergaduhan dua kumpulan samseng


SEREMBAN: Seorang maut, tiga lagi parah dalam kejadian pergaduhan antara dua kumpulan samseng di beberapa lokasi di Tampin, Negeri Sembilan, malam tadi. 

Kejadian itu turut dilaporkan berlaku di pekarangan Hospital Tampin. 

Suara Anak Haram lebih berkuasa daripada ROS dan PDRM ???


jabatan_pendaftaran_pertubuhan
UNDANG-UNDANG JADI BAHAN PERMAINAN POLITIK SUARA ANAK HARAM

KECEWA benar rasanya membaca berita pegawai Jabatan Pertubuhan Pendaftar (ROS) dilarang memasuki premis SUARAM walaupun diiringi 2 pegawai polis dan dari segi undang-undangnya, ROS tidak perlu waran untuk masuk dalam bangunan pertubuhan yang mahu diperiksa.

Dahlah tu Ketua Pengarah ROS boleh selamba bagi kenyataan dalam media kata ROS tidak dibenarkan masuk pejabat SUARAM, apa kelebihan mempromosikan kelemahan macam itu?

Rasa macam nak sepak saja TV dan buang dalam parit menonton kenyataan macam itu, tapi sayang, mahal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...