KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) Hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan merompak dua lelaki, tiga tahun lalu.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Che Anua Che Omar, 57, di akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, beliau berkata pihak pendakwaan tidak pernah mengemukakan resit pengeluaran wang daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) oleh saksi pendakwaan pertama iaitu Ahmad Shabri Mohd Halami.
