Lahad Datu, 14 Mac - Seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Tanjung Labian awal hari ini setelah didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lelaki itu yang menunggang motosikal dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika ditahan, sebelum pemeriksaan mendapati bungkusan yang dibawa mengandungi senjata berkenaan.
Katanya lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat.
