Isnin, 25 Mac 2013

HARI POLIS KE-206 DISAMBUT PENUH SEMANGAT PATRIOTIK DI SELURUH NEGARA


Kuala Lumpur 25 Mac - Hari Polis ke-206 disambut di 14 kontinjen polis seluruh negara dengan semangat patriotik penuh membara tatkala negara masih lagi terkesan dengan gugurnya lapan anggota pasukan itu dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sejak 12 Feb lalu.

Di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini, seramai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat mempertahan kedaulatan negara, diterbangkan khas dari Sabah untuk menyertai perbarisan sambutan itu. 

Turut menyertai perbarisan ialah tujuh balu dan seorang waris anggota yang terkorban.

SISIPAN KHAS HARI POLIS




93 ANGGOTA BARISAN HADAPAN OPERASI DAULAT SERTAI PERBARISAN HARI POLIS ESOK



Kuala Lumpur, 24 Mac - Mereka tidak dapat hadir pada perbarisan Hari Polis esok, tetapi semangat juang lapan anggota polis yang gugur di medan pertempuran dengan pengganas militan di Sabah tetap menyala di kalangan rakan seperjuangan mereka. 

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerbangkan khas 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat untuk menyertai perbarisan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) esok.

Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu dijangka menyertai perbarisan dengan mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Ahad, 24 Mac 2013

Dua wanita dicari


BATU GAJAH – Polis mencari dua wanita dalam lingkungan usia 30-an bagi membantu siasatan kes kecurian barangan berharga termasuk wang hantaran RM8,000 yang dilaporkan hilang pada satu majlis kenduri perkahwinan di Taman Permai di sini, 17 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, imej kedua-dua wanita terbabit yang tidak dikenali keluarga pengantin kelihatan pada rakaman video ketika upacara persandingan pengantin berkenaan berlangsung.

OP Daulat-Lawatan Timbalan KPN ke penempatan sementara


FELDA SAHABAT – 23 Mac 2013. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara telah meluangkan masa melawat Pusat Pemindahan penduduk Felda Sahabat di Masjid Baitul Rahman, Bandar Kembara Sakti,Ladang Felda Sahabat 42, tengahari tadi. 

Kira-kira 1,000 penduduk telah menyambut ketibaan Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar dan Tan Sri telah memberi jaminan, keselamatan mereka terjamin dan boleh pulang semula di kediaman masing-masing. 

Tan Sri juga mengambil peluang beramah mesra bersama mereka dan mendengar permasalahan yang mereka hadapi ketika berada di situ. 

Turut mengiringi beliau, SAC Dato’ Tan Kok Liang , Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, SAC Dato’ Ahmad Marzuki bin Mohd Saad, Komander Briged PGA Sabah dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...