Rabu, 1 Januari 2014
Selasa, 31 Disember 2013
Dua lelaki lepas tembakan semasa merompak diburu
| Gambar hiasan |
KUALA TERENGGANU - Polis sedang memburu dua lelaki yang dipercayai
terlibat dalam kes rompakan sebuah kedai menjual telefon bimbit di Kampung
Seberang Kastam, Kuala Besut Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata pihaknya telah menemui beberapa petunjuk dan kini sedang memburu kedua-dua suspek yang berusia sekitar 20-an itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata pihaknya telah menemui beberapa petunjuk dan kini sedang memburu kedua-dua suspek yang berusia sekitar 20-an itu.
"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di
premis itu, kita berjaya menemui beberapa petunjuk dan usaha mengesan sedang
dijalankan," katanya kepada Bernama.
Dalam kejadian itu, perompak turut menembak seorang peniaga yang cuba
membantu tiga jurujual wanita premis telefon bimbit itu.
Peniaga kedai makan tersebut yang kedainya terletak besebelahan premis
itu tercedera pada perutnya dalam kejadian kira-kira pukul 2.55 petang itu.
Para perompak kemudiannya melarikan sejumlah telefon bimbit.
Manoharan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api. -
Bernama
Isnin, 30 Disember 2013
Orang Ramai Dinasihat Patuhi Arahan Jika Berlaku Gelombang Kedua Banjir

KUANTAN, 29 Dis (Bernama) -- Polis meminta orang ramai bersedia dan mengikuti semua arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku gelombang kedua banjir di Pahang yang dijangka bermula Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, sebanyak 67
pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan yang boleh memuatkan 20,415 orang
telah disediakan untuk mangsa banjir.
Katanya, tujuh mukim terlibat iaitu di Kuala Kuantan 1 sebanyak 11 pusat pemindahan, Kuala Kuantan 2 (21 pusat pemindahan), Ulu Kuantan (12), Beserah (dua), Sungai Karang (lapan), Penor (lapan) dan Ulu Lepar (lima).
Katanya, tujuh mukim terlibat iaitu di Kuala Kuantan 1 sebanyak 11 pusat pemindahan, Kuala Kuantan 2 (21 pusat pemindahan), Ulu Kuantan (12), Beserah (dua), Sungai Karang (lapan), Penor (lapan) dan Ulu Lepar (lima).
"Selain itu, beberapa kawasan letak kenderaan turut dicadangkan
bagi mangsa-mangsa banjir mengikut kawasan kediaman masing-masing,"
katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.
Beliau berkata, kawasan yang dicadangkan bagi penduduk Permatang Badak,
Sungai Isap 1, Sungai Isap Jaya, Taman Guru, Taman Sepakat dan Taman Kurnia
ialah di tanah lapang bersebelahan pasaraya Giant, di tepi padang Majlis
Perbandaran Kuantan (MPK) dekat Kemunting dan di sepanjang laluan dari Tanah
Putih menghala ke persimpangan lampu isyarat Permatang Badak.
"Bagi penduduk di sekitar Taman Guru, Gudang Rasau dan perumahan
Batu 6 boleh meletak kenderaan di laluan masuk ke SMK Gudang Rasau dan di
sepanjang kiri kanan jalan Gambang menghala ke Taman Tas.
"Penduduk di sekitar Bukit Rangin dan Kuantan ByPass boleh meletak
kenderaan masing-masing di laluan Kuantan-ByPass dari arah Bukit Rangin
menghala ke Kolej Shahputra dan di tanah lapang berhadapan stesen minyak Shell
Jalan Kuantan-ByPass.
"Sementara penduduk di sekitar Perkampungan Cenderawasih dan
Kampung Tengah pula mereka boleh meletak kenderaan di kawasan perindustrian
Indera Mahkota 3," katanya
Sabtu, 28 Disember 2013
Emas RM700,000 dilarikan dari kedai emas di Kajang
| Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Empat lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi melarikan 10 dulang barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM700,000 dalam masa dua minit sahaja dari sebuah kedai emas di Sungai Chua, Kajang hari ini.
Timbalan Ketua Polis Dearah Kajang, Supritendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, kejadian berlaku pada pukul 4 petang di premis berkenaan yang terletak di dalam sebuah pasar raya.
"Ketika kejadian, terdapat dua pekerja. Pada ketika itu, salah seorang suspek melepaskan satu das tembakan ke dalam kedai yang mengenai cermin kalis peluru.
"Seorang lagi memecahkan cermin pameran dengan tukul besi dan melarikan 10 dulang barangan kemas," katanya di tempat kejadian.
Abdul Ghani berkata, kesemua mereka memakai topi keledar bertutup penuh dan jaket.
Polis akan menjalankan siasatan lanjut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebelah kedai emas itu yang dapat merakam kesemua pergerakan suspek ketika melarikan diri, katanya. - BERNAMA
Jumaat, 27 Disember 2013
"DATUK AMLA" MENCEMARKAN NAMA BAIK PDRM !!!

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' telahpun memberi keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali berkata, pegawai polisberkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lepas.
"Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.
"Dia telah memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil. Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan kes itu serta dakwaan penemuan wang tunai di rumah pegawai polis berkenaan serta pegawai lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Akhbar pada Khamis melaporkan pegawai tinggi itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM terhadap tiga pegawai polis berhubung kegiatan pengubahan wang haram RM6 juta.
Akhbar itu juga, pada November lepas, melaporkan bahawa tiga pegawai terbabit yang masing-masing berpangkat Deputi Superintenden, Asisten Superintenden serta Sarjan, ditahan berasingan dan ketika ditahan, SPRM turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga jam tangan berjenama Rolex selain sejumlah barang kemas.
Siasatan awal suruhanjaya itu mendapati kegiatan pengubahan wang haram inimembabitkan nilai jutaan ringgit.
Dua daripada pegawai yang ditahan bertugas di Johor manakala seorang lagi di Seremban, Negeri Sembilan.
Seorang daripada mereka disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi RM4.3 juta.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - BERNAMA
Langgan:
Catatan (Atom)