Khamis, 23 Oktober 2014

Polis Tak Takut


CHERAS: Polis tidak takut dan gentar untuk melakukan serbuan atau mengambil sebarang tindakan di kawasan Kuala Sepetang, Perak yang didakwa menjadi lokasi jenayah dan aktiviti mafia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan sentiasa memantau dan menyerbu mana-mana sahaja kawasan yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah.
"Saya rasa polis belum sampai ke tahap itu (takut).
"Belum ada tempat di mana-mana juga di negara kita yang polis takut untuk berhadapan dengan keadaan yang mengancam ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 30 ekor kuda yang baharu dibeli oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di sini, Khamis.

Isnin, 20 Oktober 2014

Warga Nepal Dibunuh Memadu Kasih Dengan Isteri Orang


KULIM: Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi Isnin.

Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

Ahad, 19 Oktober 2014

DUA KAPAL BERSAMA 14,000 LITER MINYAK DIRAMPAS


Pasir Gudang, 18 Okt - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 merampas dua buah kapal selepas didapati memindahkan sejumlah 14,000 liter minyak di jeti syarikat JNY Marine Engineering S/B, Kong-Kong, di sini lewat petang semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang, bot peronda polis diarahkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai aktiviti pemindahan minyak tanpa izin di kawasan tersebut.

Politeknik Ibrahim Sultan Sahkan Seorang Penuntutnya Diculik


JOHOR BAHARU: Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang penuntut wanita telah diculik beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam Jumaat.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim berkata, mangsa yang berasal daripada Kuala Lumpur merupakan penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan terbabit. 

Jumaat, 17 Oktober 2014

Rakyat Malaysia mati ditembak di kebun getah Thailand


Seorang rakyat Malaysia ditemui mati ditembak dalam sebuah kebun getah di Narathiwat, Thailand.
Mayat Sukri Ismail atau nama panggilannya Mat Yei Kudung, 50, yang beralamat Kampung Laloh, Kuala Krai, Kelantan, dijumpai kira-kira 10 pagi ini.
Kapten Monteri Janmuang dari Balai Polis Daerah Rusak, Narathiwat, berkata polis menerima laporan tentang penemuan mayat itu daripada Annuar Cheknae, Penolong Ketua Kampong Bangol Laweng, Mukim Batong, Rusak pada 10 pagi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...