![]() |
| Gambar hiasan |
SEPANG, 8
April: Penjenayah yang ditembak mati oleh polis ketika cuba melarikan diri di
Jalan Ulu Yam, Gombak, semalam, merupakan seorang yang amat berbahaya dan
terlibat dalam beberapa kes bunuh di Lembah Klang beberapa tahun lalu.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, berdasarkan
risikan polis, penjenayah itu merupakan anggota kumpulan Gang 24.
“Penjenayah
berkenaan juga pernah ditangkap di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya,”
katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah
Sepang di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini hari ini.




