Jumaat, 25 Februari 2011

Police reject HRP appeal to hold rally

KUALA LUMPUR: Police have rejected an appeal by the Human Rights Party for a permit to organise a gathering and a parade at the KLCC this Sunday.
City police chief Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah said he received a letter of appeal from lawyers representing the party.
"I have considered the appeal and rejected it and thereby maintained the decision made by the Dang Wangi police chief not to issue a permit for the gathering and parade," he said in a statement.

Najib: Polis perlu tindak, kaum India wajar tolak Hindraf


KUALA LUMPUR, 25 Feb — Masyarakat India tidak perlu bergantung harap pada pertubuhan haram, Hindraf dalam memperjuangkan nasib mereka kerana kerajaan telah menjaga kepentingan kaum itu dengan sewajarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kaum India seharusnya bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) yang mengambil berat terhadap masa depan dan kepentingan setiap kaum di negara ini.
“Soal kepentingan kaum India kita telah ambil tindakan, maknanya mereka tidak perlu pada Hindraf, mereka hanya perlu pada BN sahaja,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.
Najib (gambar) berkata beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang supaya pertubuhan itu tidak muncul kembali dan bergerak bebas walaupun ia telah diharamkan.

Isteri terpedaya !!

KUALA LUMPUR: Seorang lagi wanita menjadi mangsa kasanova yang menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi memperdayakan mangsa sebelum melarikan wang mangsa.

Sebelum ini, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ken, 31, memperdayakan wanita yang termakan ayat-ayat cinta sebelum mengikis wang mereka dengan menggunakan taktik kononnya menghadapi masalah perniagaan. Terbaru, seorang wanita dari Singapura yang juga isteri kasanova terbabit dikenali sebagai Chen, 33, berkata, dia mengenali suaminya pada jamuan makan malam di sebuah hotel.

Menurutnya, sejak perkenalan itu hubungan mereka semakin rapat kerana dia tertarik dengan sikapnya yang romantis sehingga bersetuju berkahwin.

“Kami melangsungkan perkahwinan pada 2008, namun kini dalam proses perceraian selepas tembelangnya memperdayakan ramai wanita lain terbongkar. “Malah, saya turut mengalami kerugian apabila memberi wang kepadanya RM200,000 selepas kasihan dengan masalahnya. Namun, saya tidak sangka semua itu hanya sandiwaranya,” katanya ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, Wisma MCA, di sini.

PPAS usaha bantu kurangkan jenayah juvana


SHAH ALAM, 25 Feb: Pengurangan indeks jenayah juvana melibatkan remaja antara hasrat besar Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dalam usaha membantu matlamat Kerajaan Selangor mencapai Negeri Idaman; Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.
Pengarah PPAS, Puan Mastura Haji Muhamad berkata, pihaknya membuka peluang seluas-luasnya kepada semua golongan masyarakat termasuk kalangan remaja untuk mengambil banyak manfaat yang terdapat di rangkaian PPAS di seluruh daerah.
Menurutnya, dari mereka melepak di tempat-tempat yang tidak berfaedah adalah lebih baik mereka berada di dalam perpustakaan yang kini sudah menjadi 'rumah kedua' kepada ahli-ahlinya.

Polis diminta siasat risalah berbaur hasutan

TEMERLOH, 25 Feb: Dewan Pemuda PAS Pahang membuat satu laporan di Balai Polis Temerloh, di sini petang tadi berhubung penyebaran risalah berbaur hasutan dan perkauman yang mahu memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Timbalan ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim membuat laporan itu yang turut disertai beberapa pemimpin dewan itu.
Katanya, laporan itu dibuat kerana risalah berkenaan disebarkan di dalam kawasan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.
Tambahnya, risalah yang bertajuk ‘Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan’ diterbit dan disebarkan oleh pihak tertentu untuk menghasut rakyat supaya membenci PAS dan Pakatan Rakyat.
Menurutnya lagi, risalah yang berbaur hasutan melampau itu boleh menimbulkan rasa keluh kesan di kalangan rakyat dan boleh menggugat ketenteraman awam.
Sehubungan itu, beliau memohon polis agar menyiasat risalah itu di bawah Akta Hasutan termasuk pihak yang menyebarkannya kerana menyelewengkan fakta Buku Jingga 100 Hari yang ditawarkan Pakatan Rakyat.
Harakahdaily 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...