Isnin, 7 Januari 2013

Shafie gesa penjawat awam beri komitmen penuh jayakan dasar kerajaan


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa penjawat awam di peringkat persekutuan dan negeri supaya memberi komitmen penuh bagi melaksanakan segala dasar dan inisiatif kerajaan. 

Shafie berkata, komitmen seumpama itu amat penting bagi memastikan negara terus membangun dan berdaya saing selari dengan kemajuan global demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. 

"Sumbangan penjawat awam di semua peringkat perlu untuk jayakan dasar-dasar kerajaan. Kalau sistem penyampaian kerajaan terbantut, rakyat tidak akan dapat merasai nikmat daripada program pembangunan kerajaan," katanya. 

Shafie yang juga Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Semporna berkata demikian ketika berucap sempena majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Perkhidmatan Awam dan Pelajar Ulung Kolej Risda Daerah Semporna di sini, malam tadi. 

Anggota polis maut dalam kemalangan dekat PD

Gambar hiasan

Port Dickson: Seorang anggota polis terbunuh selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya berlanggar dengan kereta dipandu anggota tentera di kilometer 7 Jalan Pantai, dekat sini, kira-kira jam 10.55 malam tadi.
Mangsa, Lans Koperal Mohd Farid Firdaus Mohd Hashim, 28, disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Port Dickson.

Ahad, 6 Januari 2013

Usahawan ditipu ejen pembekal pekerja


Usahawan ditipu ejen pembekal pekerja
JOHOR BAHRU - Seorang pengusaha agensi pekerjaan di sini terpaksa menanggung rugi puluhan ribu ringgit akibat diperdaya ejen pembekal pekerja asing.

Nooraziah Muhadi, 50, kerugian RM33,600 dalam dua kes berasingan setelah dia memasukkan wang berjumlah RM18,600 di dalam akaun sebuah syarikat yang beroperasi di Petaling Jaya untuk mendapatkan biodata lima pekerja berbangsa Kemboja.

Menurutnya, selepas transaksi itu, individu yang mengendalikan urusan berkenaan yang hanya dikenali sebagai Mr Ben  meminta menjelaskan baki pembayaran RM11,400 kerana setiap seorang biodata pekerja bernilai RM6,000 dengan jumlah keseluruhannya RM30,000 yang perlu dibayar sebelum Disember 2010.

Pekerja terkejut jumpa rangka manusia, kereta musnah bakar

Gambar hiasan

KOTA TINGGI - Seorang pekerja ladang kelapa sawit Persatuan Nguangxi Johor di sini yang datang untuk bekerja seperti biasa pagi tadi terkejut apabila  menjumpai rangka manusia dalam kereta yang musnah terbakar.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supretendan Che Mahazan Che Aik ketika mengesahkan berkata, rangka manusia itu dijumpai di tempat duduk pemandu.

Ia dijumpai kira-kira 300 meter dari pintu pagar ladang tersebut oleh pekerja kira-kira jam 7.15 pagi tadi ketika hendak memulakan kerja.

Dua kali rumah dimasuki pencuri


Dua kali rumah dimasuki pencuri
ROMPIN – Tiga sekeluarga yang baru pulang dari Yan, Kedah kerugian lebih RM3,000 selepas rumah mereka di Felda Keratong 7 Chanis, di sini, dipecah masuk pencuri.

Shohimi Abdullah, 57, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila mendapati pintu belakang rumahnya terbuka sebaik saja sampai di hadapan garaj rumahnya pada jam 2.30 pagi.

Menurutnya, empat bilik anaknya digeledah perompak menyebabkan pakaian berselerak atas lantai, selain beberapa barangan berharga turut dicuri ketika mereka pulang ke kampung selama lima hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...