Sabtu, 10 Jun 2017

POLIS BURU PARA PENGEDAR DAN PENAGIH DADAH DI MALAYSIA HABIS-HABISAN- PENGARAH JSJN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Taktikal Khas Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman akan terus memburu dan mencari semua pengedar dan penagih dadah dalam negara, kata Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato' Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff.

Dato' Sri Mohd Mokhtar berkata, tindakan para pengedar dadah di pelbagai peringkat umur yang dilihat semakin berani mencabar pihak berkuasa terutamanya PDRM, tidak boleh dimaafkan.

"Buat pengedar-pengedar dadah, hentikanlah jenayah ini,
PDRM akan memastikan mereka dicari sampai dapat sama ada cepat atau lambat," ujar beliau dalam sidang media kejayaan JSJN di Dewan Theatrette Bukit Aman, sebentar tadi.

Jumaat, 9 Jun 2017

NIGHT PATROL WITH NATIONAL HERO 5KM FUN WALK

Adakah anda ingin bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Jaguh Badminton Dunia, Dato’ Wira Lee Chong Wei dan Mr Universe, Datuk Sazali Samad dengan lebih dekat?

Ayuh sertai mereka dalam 'Night Patrol With National Hero 5km Fun Walk' pada 22 Julai 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pencegahan jenayah.

Peserta juga berpeluang menyaksikan persembahan secara langsung oleh Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM), kehadiran ahli bina badan PDRM, Unit Anjing Pengesan K9 dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) serta pelbagai aktiviti menarik yang bakal menanti anda.

Pendaftaran boleh dibuat di KLIK DISINI

dan 1,000 peserta terawal yang mendaftar akan mendapat tiket bernilai RM120 bagi menyaksikan
'The Fantasy Rainforest' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pendaftaran dibuka sekarang hingga 8 Julai 2017! Jangan lepaskan peluang anda untuk turut sama sertai program ini!!!
Sumber: KLIK DISINI


Jumaat, 9 Disember 2016

Tiga Suspek Culik Ditembak Mati Di Perairan Sabah

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan dipercayai menembak mati tiga lelaki bersenjata dalam pertempuran semasa cubaan penculikan di Merabung di Darvel Bay di Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan berlakunya insiden tembak-menembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata dalam kejadian pukul 9.30 malam Khamis.
"Saya akan beri butiran lengkap kemudian, kita masih mendapatkan maklum balas penuh,'' katanya.
Satu sumber berkata, seorang anggota keselamatan turut cedera semasa cubaan penculikan oleh kumpulan yang menculik nelayan bagi mendapatkan wang tebusan.

Menurut sumber lagi, tiga penceroboh lain ditahan dalam kejadian itu.



Khamis, 8 Disember 2016

BORANG BALIK KAMPUNG

Salam sahabat semua. Sila rancang percutian anda. Sahabat - sahabat yang bercadang bercuti sempena musim cuti sekolah dan musim perayaan tidak lama lagi. Masing - masing akan membawa keluarga pergi bercuti dan pulang ke kampung halaman sempena cuti. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua sahabat - sahabat, yang penting sekali adalah keselamatan harta benda.

Sila dapatkan borang balik kampung di Balai Polis berhampiran anda seperti yang tertera di bawah. Boleh juga muat turun terus dari FB Polis Selangor, isi dan hantar ke Balai Polis berhampiran.

Jangan tunggu saat akhir supaya Polis dapat membuat pemantauan dan rondaan ke atas rumah anda bagi mencegah jenayah pecah rumah.


Rabu, 23 November 2016

GENG LETUP MESIN ATM DI DUNGUN DUA BULAN LALU DITAHAN

MARAN, 23 Nov - Lima individu yang dipercayai meletup dan melarikan RM320,000 daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Dungun pada awal September lepas, ditahan semalam.

Empat daripada mereka ditahan di asrama Kuil Maranthandavar, Sungai Jerik.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Mat Rizal Mat Radzi penahanan mereka adalah hasil maklumat orang awam.

Seorang daripada mereka pada mulanya berjaya melarikan diri, tetapi kemudiannya dapat ditahan pada pukul 10 malam di dalam kawasan paya di Kampung Baru Jaya, Sungai Jerit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...