Khamis, 12 Julai 2012

Jenayah kekerasan di Pulau Pinang semakin membimbangkan ???


Wanita maut diragut pada awal pagi

RAKAMAN CCTV yang menunjukkan tempat Kim Chuan terbaring selepas diragut di tempat letak motosikal Flat Padang Tembak, Air Itam, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Seorang ibu tunggal warga emas maut dipercayai setelah diragut dan terseret kira-kira 10 meter dalam kejadian yang berlaku di tempat letak motosikal di Blok J, Flat Padang Tembak dekat sini pagi semalam.
Lebih malang, kejadian yang menimpa mangsa, Tan Kim Chuan, 60, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala itu hanya disedari dua orang penduduk berdekatan lapan minit kemudian.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tempat letak motosikal yang terletak di belakang blok flat yang agak sunyi.
Mangsa difahamkan baru keluar dari rumahnya untuk ke kedai kopi tempat dia bekerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
Mangsa yang cedera parah di kepala akibat terhantuk di atas objek keras mati di Hospital Pulau Pinang selepas sembilan jam menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otak.
Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan perumahan terbabit.
Berdasarkan rakaman CCTV itu, mangsa dilihat terbaring di kawasan letak motosikal tanpa dihiraukan beberapa penduduk yang lalu-lalang beberapa minit selepas dia dipercayai diragut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan bagi mengecam kedua-dua suspek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...