Gambar hiasan |
Sepasang Kekasih Cedera Cermin Kereta Pecah Terkena Peluru Sesat
KUALA
LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Sepasangan yang baru mengikat tali pertunangan
nyaris maut awal Selasa apabila kenderaan yang mereka naiki terkena peluru
sesat yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata kejadian itu berlaku ketika anggota polis itu bergelut dengan seorang lelaki bersenjata parang di Subang Jaya awal pagi Selasa.
Tembakan itu terkena cermin depan Proton Wira yang ketika itu lalu berhampiran
tempat kejadian dan serpihan kaca terkena seorang lelaki di tempat duduk
penumpang bahagian depan serta seorang wanita yang memandu kereta itu.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata kejadian itu berlaku ketika anggota polis itu bergelut dengan seorang lelaki bersenjata parang di Subang Jaya awal pagi Selasa.
Beliau berkata lelaki itu yang berumur 28 tahun yang calar di jari tangan kiri dan lutut manakala tunangnya berusia 27 yang calar di bahu kanan mendapat rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Yahaya berkata dalam kejadian pada 12.50 pagi itu lima anggota polis bermotosikal cuba manahan suspek yang sebelum itu terjatuh dari motosikalnya di satu selekoh U.
Manakala rakannya yang amat dikehendaki polis kerana aktif melakukan kegiatan meragut dan menyamun tepi jalan di sekitar Subang sejak enam bulan lepas sempat memecut motosikal dan menghilangkan diri. BERNAMA