Jumaat, 5 Oktober 2012

Bakar van selepas rompak RM1 juta


KLANG – Sekumpulan lima penjenayah bersenjata pistol berjoli sakan apabila dapat melarikan RM1 juta daripada sebuah van keselamatan yang dirompak sebelum membakar kenderaan itu di Jalan Tiong Off Taman Eng Ann di sini semalam.

Kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku apabila van yang dinaiki dua pengawal keselamatan ditawan oleh perompak berkenaan selepas mangsa memungut wang pertaruhan di sebuah agensi nombor ramalan di Jalan Meru di sini. 

Perompak menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja.

Salah seorang suspek kemudian merampas selaras senapang mangsa sebelum mengacukan pistol lalu mengarahkan mereka memandu ke arah taman perumahan tersebut yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi rompakan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, rakan-rakan suspek kemudian mengekori van itu dengan menaiki kereta Proton Waja berwarna hijau terbabit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...