Isnin, 15 Oktober 2012

SISTEM AES-KITA DIBODOHKAN DENGAN ALASAN UNDANG-UNDANG


Sejak dari awal sistem saman yang diswastakan dikenali sebagai AES diragukan dari perbagai segi. Syarikat yang dilantik sebagai operator sudah pasti mengejar jumlah saman yang tinggi untuk memperoleh komisyen yang tinggi kerana jumlah komisyen dan nilai peratusan meningkat berdasarkan jumlah saman yang dikutip

Saman sudah jadi bahan perdagangan yang mengkayakan ‘kroni’ yang memperolehi hak mengendalikan saman tersebut, tanpa memikirkan tekanan hidup yang dilalui rakyat.

Adalah bodoh jika kita menyokong pemasangan sistem AES ini benar untuk kebaikan rakyat, tidak nampakkah kita apa akibatnya jika saman mahu diperdagangkan.

Dalam undang-undang negara ini,kesalahanlalu lintas diguna untuk mengaut keuntungan. semua kesalahan kecil sekali pun budaya saman itu sudah jadi biasa, sehingga kesalahan kecik boleh dilepaskan dengan nasihat atau amaran pun disaman juga.

Sepatutnya usaha mendidik pemandu supaya memandu lebih cermat perlu diberi keutamaan, bukan menyaman demi mengorek duit yang ada pada saku rakyat.

Sebagai contoh sistem ini memang mahu mengaut untung semata-mata, ada sesetengah kawasan yang dipasang AES ini khabarnya menetapkan had kelajuan maksima ialah 90km/h, apakah teknologi jalanraya kita ini masih mengguna teknologi tahun 70-an dimana kelajuan 90km/h itu sudah dikira sangat laju.

Sudah banyak Kereta boleh memecut sehingga lebih 200km/h, malah teknologi pengendalian kenderaan, dan keselamatan telah jauh meningkat, apakah logik had laju itu ditetapkan sehingga 90 km/h saja.

Malaysia ini negara yang pelik, sudahlah jalanraya kebanyakkan dibina dengan menggunakan wang cukai yang dikutip dari rakyat ( jangan lupa setiap kali ke restoram makanna segera atau isi topup anda telah membayar cukai ), kita dimomokkan itu "jasa" kerajaan pula. sudah la begitu, kita terpaksa bayar cukai jalan yang tinggi, kemudian kita akan lebih kerap kene saman kerana sistem AES ini.

Kita beri kerajaan wang untuk bina jalan, mereka balas dengan saman kita?. atas undang-undang yang mereka tulis sendiri.

Kita rakyat tidak sama macam kroni menteri atau anak menteri yang pakai kereta mewah jenama terhebat, mereka boleh memecut sesuka hati kerana nilai RM300 itu sangat sedikit, sedangkan bagi rakyat itu ada sesetengahnya RM300 itu setengah bulan gaji mereka.

Tidak kah kita ini diperbodohkan?

Selamatkan wang anda, jangan diberikan kepada kroni atas kebijaksanaan mereka kaut untung.

Sumber:kerisputera
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...