Gambar hiasan |
KUANTAN: Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching Selatan dekat sini Jumaat.
Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.
"Suspek yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya ketika isterinya keluar dari bilik tidur," kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama.
Suspek yang berumur 29 tahun kemudiannya memaklum perbuatannya kepada isteri dan ibunya.
Suspek didapati positif dadah metamphetamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, katanya.Pihak polis turut menemui parang dan pisau di tempat kejadian. -BERNAMA