Shah Alam: Dua lelaki kini diburu polis selepas disyaki menyamun seorang operator pengeluaran warga Bangladesh membabitkan kerugian RM22,000 dalam kejadian akhir November tahun lalu.
Mangsa juga menanggung kesakitan apabila menerima 62 jahitan di tangan selepas ditetak dalam kejadian di Bukit Rahman Putra, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, kedua-dua suspek dikenali sebagai A Nirmal Selvan, 26, yang alamat terakhir No 13A 15, Blok B, Taman Putra Damai, Lembah Subang dan S Kesavan, 26, yang alamat terakhir di No 26, Jalan BPP 4/8, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian berasingan, polis memburu Joseph Aaron, 25, yang beralamat di No 91 Jalan PUJ 9/2 Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan kerana dipercayai terbabit kejadian samun sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah kedai runcit di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, di sini, 30 November tahun lalu.