Selasa, 12 Februari 2013

Mangsa bergelut dengan perompak


Kuala Kangsar: Seorang pembantu sebuah kedai menjual peralatan pembinaan di Kampung Ngor, Sauk, di sini, nyaris putus jari kelengkeng selepas bergelut dengan perompak bersenjatakan pisau Rambo.
Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa Zabidah Abdul Hamid, 43, nekad bertarung dengan penjenayah selepas suspek bertindak ganas menarik tudung dipakai mangsa.
Mangsa yang ditemui berkata, kejadian berlaku ketika berada di dalam kedai sambil ditemani ibu mentuanya, Timah Kulup Asli, 75.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 30-an tiba-tiba muncul sebelum berpura-pura mahu membeli paku dengan harga 50 sen.
“Bagaimanapun saya tidak sedap hati apabila melihat ‘pelanggan’ itu dalam keadaan gelisah sambil kerap melihat ke arah rakannya yang menunggu di luar kedai.

“Rakannya itu menunggu di atas motosikal kira-kira 20 meter dari hadapan kedai saya,” katanya.

Dia bagaimanapun tergamam apabila lelaki terbabit tiba-tiba menghunus pisau sebelum menekan ke perutnya sambil mengugut dia supaya mendiamkan diri.
Zabidah berkata, penjenayah terbabit kemudian memaksanya menyerahkan rantai leher dipakai namun dia memberitahu tidak memakai rantai emas ketika itu.

“Penjenayah itu cuba menarik tudung saya bagi memeriksa sama ada saya tidak memakai rantai emas. Tindakan suspek menyebabkan berlaku pergelutan sebelum ibu mentua cuba membantu,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...