Ahad, 24 Februari 2013

Pasukan Gempur Ringan polis sedia hadapi PRU-13


KOTA BHARU 21 Feb. - Seramai 68 anggota Pasukan Gempur Ringan (LSF) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijangka diadakan pada waktu terdekat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kesemua anggota tersebut dipecahkan kepada lapan unit yang akan ditugaskan mengawal keadaan sekiranya situasi tegang berlaku di daerah ini.

"Untuk makluman di Kota Bharu, kita mempunyai empat kawasan Parlimen iaitu Kota Bharu, Kubang Kerian, Ketereh dan Pengkalan Chepa serta 12 Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kesemua anggota ini mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam usaha memantapkan lagi pasukan ini dan mereka telah menjalani latihan selama sepuluh hari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis tamat latihan pasukan LST IPD Kota Bharu di sini hari ini. - UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...