Sabtu, 9 Mac 2013

Penceroboh kini kelaparan dan dahaga


Post Pic
Usaha pasukan keselamatan Malaysia menyekat bekalan makanan ke Kampung Tanduo, Felda Sahabat di Lahad Datu membuahkan hasil apabila penceroboh militan bersenjata Sulu dilaporkan kini kelaparan.

Menurut ahli keluarga Kiram, Datu Rajah Muda Agbimuddin Kiram yang dipetik daripada portal berita Filipina ABS-CBN News berkata kumpulan penceroboh itu berada dalam kelaparan, dahaga dan kepenatan kerana sekatan bekalan makanan masuk yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

Malah, sepupu Agbimuddin, Jacel Kiram mendakwa serangan berterusan oleh anggota keselamatan Malaysia merupakan 'keganasan maksimum' terhadap kumpulan penceroboh itu.

“Arahan kepada mereka adalah sentiasa untuk bertahan, hanya bersedia untuk sebarang serangan. Cuma bertahan, jangan serang,” beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau mendakwa, kumpulan Sulu itu tidak melakukan serangan balas sejak mengumumkan untuk melakukan genjatan senjata.

Sebelum ini Malaysia menolak permintaan keluarga Kiram untuk genjatan senjata pada Khamis, sebaliknya menuntut pencerobohan itu untuk menyerah tanpa syarat.

Malah pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan di Sabah bagi melumpuhkan pergerakan penceroboh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...