Jumaat, 19 April 2013

Lelaki ditemui mati tergantung


Lelaki ditemui mati tergantung
PEKAN – Seorang lelaki ditemui mati tergantung pada sebatang pokok rhu, yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan pantai, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mayat tersebut ditemui seorang penduduk yang sedang memantau pelampung pukatnya di perairan pantai Kuala Pahang.

Menurutnya, dalam keadaan terkejut, saksi berusia 30 tahun tersebut bergegas memaklumkan kepada penduduk setempat dan menghubungi polis berhubung penemuannya itu.

Beliau berkata, mangsa ditemui dengan lehernya tergantung pada sebatang pokok rhu dan disyaki baru meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui pada kira-kira jam 6.30 petang.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menurunkan mayat mangsa yang tergantung sebelum membawanya ke Hospital Pekan untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya.

“Siasatan awal mendapati, mangsa keluar bersendirian dari rumah yang didiami bersama keluarganya kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pada kira-kira jam 3.30 petang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Yahaya berkata, mangsa yang merupakan duda anak satu itu dikatakan mengalami tekanan hidup sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, tiada unsur jenayah di atas kes tersebut dan ia diklasifikasi sebagai mati mengejut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...