Ahad, 14 April 2013

#PRU13 #GE13 UNDANG-UNDANG DAN ANDA: Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dikuatkuasakan sebelum hari penamaan calon.


Seksyen 20 - Kuasa menangkap

(1) Seseorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap mana-mana penganjur atau peserta –

(a) yang, semasa perhimpunan, enggan atau tidak mematuhi mana-mana sekatan atau syarat di bawah seksyen 15;

(b) yang, semasa perhimpunan, ada dalam milikannya apa-apa senjata; atau

(c) yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(2) Pegawai polis itu hendaklah, sebelum menjalankan kuasa menangkap di bawah seksyen ini, mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan pematuhan secara sukarela oleh penganjur atau peserta.

Ja d u a l Ke d u a
[Perenggan 4(1)(e)]
Perhimpunan yang boleh disertai oleh Kanak-kanak
Perhimpunan keagamaan 
Perarakan pengebumian
Perhimpunan berhubung dengan adat 
Perhimpunan yang diluluskan oleh menteri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...