Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5)
Seksyen 24B (3) - Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen -
(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan apa-apa perjumpaan awam terbuka, perhimpunan awam terbuka, pertunjukkan awam terbuka atau hiburan awam terbuka; atau memberikan apa-apa ucapan awam terbuka atau syarahan awam terbuka, di dalam bahagian pilihan yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh pegawai polis yang menjaga daerah di mana perjumpaan, perhimpunan, pertunjukkan atau hiburan itu hendak diadakan atau ucapan atau syarahan itu hendak diberikan.
(10) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.