Jumaat, 14 Jun 2013

PDRM lantik perunding antarabangsa

SHAH ALAM 14 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melantik perunding antarabangsa, Frost & Sullivan bagi menilai tahap kepuasan masyarakat terhadap perkhidmatan polis di negara ini.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) PDRM, Datuk Ayub Yaakob berkata, perunding antarabangsa itu bukan sahaja menilai kepuasan terhadap PDRM tetapi bagi mengetahui rasa selamat masyarakat di negara ini.

Beliau berkata, perunding antarabangsa tersebut telah pun memulakan kerja penilaian dan hasilnya akan didedahkan kepada masyarakat pada penghujung tahun ini.

"Penilaian yang mempunyai dua fasa ini diwujudkan supaya dapat membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan PDRM pada masa kini dan masa depan.

"Fasa pertama laporan penilaian dijangka akan disiapkan hujung tahun ini manakala fasa kedua akan dilanjutkan jika terdapat keperluan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Penerangan Penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah PDRM di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...