Jumaat, 27 September 2013

MAYAT LELAKI SEPARUH BOGEL DITEMUI DI PERKUBURAN HINDU DI KUCHING


Kuching, 26 Sept - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan separuh bogel dan hampir reput di Tanah Perkuburan Hindu di sini. 

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata mayat lelaki itu ditemui orang awam yang melalui kawasan perkuburan itu pada pukul 8.40 pagi.

"Berdasarkan keadaan mayat yang mulai mereput, kami percaya lelaki dalam lingkungan umur 40-an itu telah mati dua atau tiga hari lepas," katanya di sini.

Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui, katanya yang meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubung balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...