Selasa, 24 September 2013

PENGANGGUR 17 TAHUN DIREMAN, BANTU SIASATAN KEMATIAN POLIS DI MELAKA


Melaka, 24 Sept - Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang anggota polis dipercayai dipukul dengan batu, semalam.

Perintah reman terhadap remaja yang tidak lagi bersekolah dan menganggur itu, dibenarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V.Kanasan, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pada kejadian kira-kira 8 pagi semalam, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan batu dan mati, setelah bergelut dengan suspek di tempat kejadian, di Taman Teknologi Cheng di sini.

Suspek yang melarikan diri selepas pergelutan itu, ditahan di,Krubong di sini, pada pukul 10.50 pagi semalam.



SALAM TAKZIAH diucapkan kepada keluarga Allahyarham Kpl 147723 Zul Azri bin Abdul Samad yang telah meninggal dunia ketika menjalankan tugas. Allahyarham yang bertugas di Kontinjen Melaka dipercayai diserang dengan objek keras di bahagian muka dan kepala dengan menggunakan batu oleh penyerang sehingga meninggal dunia di tempat kejadian. Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Gelugor Pulau Pinang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...