Gambar hiasan |
IPOH 9 Nov. - Seorang lelaki berusia 22 tahun mati setelah mengalami kecederaan parah akibat ditetak sekumpulan empat lelaki bertopeng yang bersentajakan parang di kediamannya di Taman Desa Chandan di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu mangsa, Susidaran a/l Sukumaran meninggal dunia di tempat kejadian akibat setelah ditetak pada bahagian depan dan belakang kepala, kaki, tangan dan beberapa bahagian anggota badan lain.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Suprintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, tidak lama selepas menetak mangsa, kumpulan sama dilaporkan menyerbu masuk sebuah rumah di Taman Song Choon, dekat sini.
"Kumpulan berkenaan dilaporkan cuba mencari seseorang di Taman Song Choon pada pukul 3.15 petang, tidak lama selepas menetak mangsa di Taman Desa Chandan," katanya.
Menurutnya, pihak polis percaya kejadian tersebut bermotifkan dendam namun. - UTUSAN ONLINE