SEREMBAN – Wartawan Sambilan akhbar Nanyang Siang Pau, mengalami detik
cemas apabila kedai emasnya dimasuki dua perompak bersenjatakan parang di Pekan
Rantau, di sini semalam.
Dalam kejadian sekitar 8.15 pagi, mangsa, Chong Chee Hong, 67, yang
mengalami kerugian hampir RM200,000 itu, diikat dengan menggunakan wayar oleh
penjenayah berkenaan sebelum melarikan barang kemas yang diambil dari peti besi.
Che Hong ketika ditemui berkata, setiap hari dia sampai kedai pada jam 9
pagi, namun semalam dia datang awal berikutan motosikalnya ditinggalkan di
kedai berkenaan.
Katanya, sebaik sahaja dia sampai kira-kira jam 6.30 pagi, dia melakukan
aktiviti harian biasa iaitu membasuh pakaian dan membuka e-mail sebelum
memulakan operasi perniagaannya.
“Setelah semua kerja selesai, sekitar 7.30 saya keluar kerana mahu
bersarapan. Tapi sampai dikedai makan, saya teringat kunci kedai tertinggal.
Saya kemudiannya pergi semula ke kedai untuk mengambil kunci.
“Masuk saja, saya nampak dua lelaki bertopeng berada di peti besi, sebelum
mereka bertindak menyerang dan menolak saya dengan ganas.
“Saya disuruh diam dan tidak melawan. Mereka kata mereka ada pistol, manakala parang yang dipegang diacukan kepada saya, sebelum menyuruh saya segera membuka peti besi itu,” katanya ketika ditemui di kedainya, semalam.
“Saya disuruh diam dan tidak melawan. Mereka kata mereka ada pistol, manakala parang yang dipegang diacukan kepada saya, sebelum menyuruh saya segera membuka peti besi itu,” katanya ketika ditemui di kedainya, semalam.
Walau bagaimanapun katanya, perompak berkenaan terpaksa menunggu hampir
30 minit, bagi membolehkan dia membuka peti besi berkenaan memandangkan peti
besi itu menggunakan sistem ‘set timing’ di mana pada jam 9 pagi sahaja peti
besi itu boleh dibuka.
Jelasnya, sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 9, Chee Hong kemudiannya diarah supaya membuka peti simpanan besi yang mengandungi barang kemas termasuk duit bernilai RM5,000.
Jelasnya, sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 9, Chee Hong kemudiannya diarah supaya membuka peti simpanan besi yang mengandungi barang kemas termasuk duit bernilai RM5,000.
Kedua-dua pencuri berkenaan kemudian melarikan diri menggunakan pintu
belakang, menaiki pacuan empat roda.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal
Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, menurut siasatan awal mendapati kedua-dua suspek itu berusia
awal 20-an dan menggunakan kenderaan jenis Pajero berwarna biru untuk melarikan
diri.
Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat dengan kejadian tersebut
diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.