Ahad, 8 Disember 2013

Kes curi motosikal serius di Kota Bharu

Kes curi motosikal serius

KOTA BHARU- Sebanyak 60 peratus hingga 70 peratus kadar jenayah dilaporkan dari Januari hingga Disember tahun ini di Kota Bharu melibatkan kes kecurian motosikal paling tinggi.

Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Charan Ai Wan berkata, bagi kecurian motosikal, sehingga 4 Disember lalu, sebanyak 1,163 kes dilaporkan kepada pihaknya.

“Kecurian motosikal ini berada di bawah jenayah indeks iaitu jenayah harta benda, selain kami turut menerima laporan jenayah kekerasan di Kota Bharu.

“Jenis motosikal yang menjadi kegemaran penjenayah termasuk Honda EX5 dan Yamaha 125cc dan melalui peningkatan jumlah kecurian ini, langkah berhati-hati perlu diambil oleh orang ramai,” katanya semasa berucap pada Majlis Hari Keluarga Mawaddah Dun Melor, di Pasar Melor, di sini, semalam.

Turut hadir, Adun Melor, Dr Mohd Yusnan Mohd Yusof dan hampir 300 penduduk sekitar Melor.

Charan berkata, selain kes curi motosikal, terdapat 441 kes kecurian kereta, selain 75 van hilang di Kota Bharu, manakala hanya 20 peratus kes sahaja bagi laporan lain-lain kes.

“Kes-kes lain pula melibatkan kes pecah rumah sebanyak 258 kes di Kota Bharu dan 48 kes rogol dan lebih 100 kes kecurian," katanya.

Beliau berkata, jika kenderaan itu diparkir di tempat sunyi atau terlindung daripada pandangan orang ramai, ia membolehkan penjenayah berpeluang pada ruang tersebut.


Katanya, penjenayah juga gemarkan kepada mangsa seperti wanita, golongan warga emas, dan mereka yang membawa barangan berharga seperti beg tangan sambil lewa semasa berjalan yang boleh menyebabkan kejadian ragut.

Sumber:sinarharian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...