Khamis, 5 Disember 2013

PENGISYTIHARAN PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN SEBAGAI FORMASI


Wakaf Tapai, 5 Dis – YDH IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama rombongan di Pengkalan PSP Unit 6, Wakaf Tapai, Terengganu bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang ke-58. 

Disamping itu juga beliau telah merasmikan Penutupan Kursus Asas PSP Siri 1/2013 dan mengisytiharkan penarafan Pasukan Simpanan Persekutuan sebagai sebuah Formasi dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia. 

Para hadirin turut dipertontonkan sebahagian daripada tindakan-tindakan yang akan diambil oleh PSP di dalam menghadapi penunjuk perasaan dan rusuhan di dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...