Selasa, 10 Disember 2013

Wawancara Eksklusif PJL - "Penggunaan Senjata Api Tiruan"



10 Disember 2013 (Selasa) jam 8.05 pagi bertempat di Studio 2, Wisma TV Angkasapuri, Kuala Lumpur berlangsungnya wawancara eksklusif YDH CP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik didalam Program Bual Bicara ‘Selamat Pagi 1 Malaysia’ (SP1M) mengenai “Penggunaan Senjata Api Tiruan”. 

Antara input – input yang difokuskan oleh YDH CP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik ialah :- 

• Selain ahli Pasukan Keselamatan tiada individu yang dibenarkan memiliki, membawa atau menggunakan senjata api kecuali bagi yang diberikan lesen dibawah Seksyen 4 Akta Senjata 1960.

• Dibawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 menyatakan seseorang yang memiliki atau dalam jagaannya senjata tanpa lesen yang sah atau melanggar syarat lesen jika sabit keselahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melibihi tujuh tahun atau dikenakan denda tidak melibihi sepuluh ribu ringgit atau kedua – duanya sekali.

• YDH CP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik menjelaskan dengan lebih spesifik dan jelas bahawa dibawah Seksyen 8 Akta ini seseorang yang memiliki sesuatu senjata api dengan menyalahi undang – undang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun dan juga disebat tidak kurang daripada 6 kali. 


Didalam akta yang sama juga hukuman lebih berat akan dikenakan jika senjata api digunakan didalam perbuatan jenayah seperti merompak dan lain – lain kesalahan yang dijadualkan.

• Seseorang jika sabit kesalahan menunjukkan senjata api tiruan semasa melakukan atau bersubahat melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual seperti pemerasan atau merompak boleh dibawah Seksyen 6 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 di hokum penjara sehingga 10 tahun dan disebat tidak kurang daripada tiga kali.

• Pemilikan ‘paint ball marker, airsoft gun dan BB gun’ tanpa lesen yang sah adalah salah mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan yang boleh membawa hukuman penjara dan didenda jika sabit kesalahan. Setakat ini bagi tempoh dari tahun 2012 sehingga sekarang, pihak polis telah menyiasat 47 kes membabitkan pemilikan senjata tiruan seperti diatas. Mengikut rekod, 29 orang telah dituduh dibawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan 2 orang telah sabit kesalahan dan dipenjarakan 2 bulan. 

PDRM memberi tempoh 1 bulan daripada hari ini bagi mereka yang tanpa lesen memiliki atau ada dalam jagaanya alat – alat yang saya sebutkan diatas supaya menyerahkan kepada pihak Polis bagi mengelakkan tindakan undang – undang diambil terhadap mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...