Jumaat, 30 Mei 2014

TERJUN KE DALAM SUNGAI SARAWAK SELEPAS LANGGAR ANGGOTA POLIS


Kuching, 30 Mei - Seorang penunggang motosikal melanggar anggota polis sebelum dia melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Sarawak malam tadi.

Dia dipercayai berbuat demikian kerana menunggang motosikal yang dicuri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi), Supt Fauzilan Abdul Aziz berkata kejadian berlaku kira-kira 9.10 malam apabila beberapa anggota polis yang berbasikal di Lebuh Java menahan suspek.

"Suspek kemudiannya terjatuh sebelum dia bangun meninggalkan motosikalnya dan melarikan diri sambil dikejar beberapa anggota. Suspek kemudiannya dikesan terjun ke dalam sungai.
"Semakan lanjut mendapati motosikal itu dilaporkan dicuri yang laporan tentang kehilangannya telah dibuat di Batu Kawa," katanya ketika dihubungi.

Fauzilan berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pagi tadi bahawa suspek dilihat selamat dan berjaya menyelamatkan diri.

"Anggota yang dilanggar itu hanya mengalami luka di kening kiri serta siku sebelah kanan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta," katanya.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...