Johor Bahru: Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI)
warga Indonesia terdiri daripada 19 lelaki dan 11 perempuan serta seorang
kanak-kanak lelaki ditahan selepas bot pancung dinaiki mereka dipintas oleh
Pasukan Polis Marin Wilayah 2 kira-kira satu batu nautika dari Pantai Pontian,
awal pagi tadi.
Komander
PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, turut
ditahan seorang tekong dan dua pembantunya warga Indonesia.
"Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, dua bot ronda PPM
Wilayah 2 sedang menjalankan rondaan Ops Cantas Perairan telah mengesan bot
yang dinaiki pendatang sedang menuju ke perairan Indonesia.
"Mereka
cuba keluar dari Malaysia melalui jalan keluar yang tidak diwartakan. Tekong
dan dua pembantunya masing-masing berusia antara 24 hingga 39 tahun telah
melakukan kesalahan di bawah Sek 26A Atipsom 2007 manakala yang lain akan
didakwa dibawah Seksyen 5 (2) dan 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,"
katanya.