Jumaat, 25 Julai 2014

Judi siber semakin berleluasa


PORT DICKSON - Bimbang dengan judi siber yang semakin berleluasa di kawasan Linggi, penduduk di situ menyerahkan memorandum kepada polis mendesak supaya tindakan penguatkuasa dapat dilipat gandakan agar kegiatan itu dibenteras sepenuhnya.

Memorandum diserahkan wakil penduduk, Md Izzuddin Mohd Shah kepada Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, kelmarin.

Menurut Md Izzuddin, terdapat banyak premis kini dimajukan dengan kegiatan judi siber di kawasan Linggi dan situasi ini akan lebih meruncing sekiranya dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan penguatkuasaan.

“Kegiatan judi siber di Linggi mula aktif sejak 2011. Ketika itu, terdapat sebuah premis sahaja dan jumlah itu terus meningkat kepada lapan premis sehingga hari ini.


“Pelanggannya pula bukan sahaja terdiri daripada penduduk Linggi, malah ia menarik perhatian kaki judi dari kawasan sekitar termasuk Melaka,” katanya.

Md Izzuddin berkata, akibat kegiatan haram itu, timbul pelbagai masalah sosial bukan sahaja melibatkan remaja tetapi dewasa yang sudah berumah tangga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...