Sabtu, 12 Julai 2014

POLIS MARIN PONTIAN RAMPAS MINYAK DIESEL BERSUBSIDI


Pontian, 11 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 4,272 liter minyak diesel bersubsidi semasa membuat serbuan di sebuah stor pengumpulan minyak diesel di Pantai Pontian Besar, petang semalam.

Ketua Bahagian Operasi dan Risikan PPM Wilayah Dua DSP Goh Boon Hong berkata, semasa serbuan dilakukan terdapat sebuah lori sedang menjalankan operasi memindah minyak diesel dari tangki di dalam stor tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tiga buah tangki di atas lori tersebut dan dua daripadanya mengandungi lebih kurang 1,700 liter minyak diesel. Manakala di dalam stor terdapat 6 tangki berisi lebih kurang 2,540 liter minyak diesel.

“Pemandu lori bersama individu lain yang dipercayai penjaga stor tiada di tempat kejadian dan difahamkan telah melarikan diri," katanya lagi.

Lori dan minyak diesel yang dirampas dianggarkan bernilai RM 38,540 diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pontian untuk siasatan lanjut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...