KUALA LUMPUR: Lebih
50 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), termasuk Umno bahagian di beberapa
negeri membuat laporan polis, Ahad bagi mendesak tindakan undang-undang diambil
ke atas Anggota Parlimen Padang Serai, N Surendran berhubung kenyataannya yang
disifatkan menghina sistem perundangan negara.
Di ALOR SETAR, 50 NGO dan beberapa Umno bahagian membuat laporan
polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar.
Pengerusi Persatuan Sahabat Perdana Menteri Negeri Kedah, Datuk Ghazali Ibrahim berkata, semua pihak mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap Surendran yang dilihat bertujuan menghasut orang ramai.

"Kita lihat tayangan video itu cenderung untuk menghasut orang ramai agar meragui sistem kehakiman di negara ini serta membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya selepas membuat laporan polis.
Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan
berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat kes itu dengan teliti dan mengambil
tindakan tegas terhadap Surendran yang dianggap melampau kerana sering
mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan tidak berasas.
Di SUNGAI PETANI, enam laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Ahad bagi mendesak agar tindakan serupa diambil ke atas Surendran.
Di SUNGAI PETANI, enam laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Ahad bagi mendesak agar tindakan serupa diambil ke atas Surendran.
Antara yang tampil membuat laporan polis termasuklah Pemuda Umno
negeri Kedah, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kuala Muda, Umno Bahagian
Merbok, dan Belia 4B Merbok.
Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
berkata, Pemuda Umno Kedah menyifatkan kenyataan yang dibuat menerusi video di
laman sosial YouTube sebagai satu penghinaan secara nyata terhadap mahkamah.
Katanya, justeru mereka menggesa tindakan segera diambil agar Surendran dibawa ke muka pengadilan, katanya kepada pemberita.
Katanya, justeru mereka menggesa tindakan segera diambil agar Surendran dibawa ke muka pengadilan, katanya kepada pemberita.
Shaiful Hazizy berkata, Pemuda Umno Kedah turut mempertikai
sikap berat sebelah yang dimainkan pembangkang yang mana memuji sistem
kehakiman dan perundangan sekiranya keadaan berpihak kepada mereka.
Di JASIN, Ketua Umno bahagian Jasin, Datuk Ahmad Hamzah menggesa polis menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Surendran kerana dengan sengaja menghina institusi kehakiman negara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat satu laporan polis berhubung isu berkenaan di Balai Polis Merlimau.

Laporan polis yang dibuat kira-kira 10.30 pagi tadi turut
disertai beberapa kepimpinan Umno Jasin termasuk anggota Dewan Undangan Negeri
(Adun) Sungai Rambai Datuk Hasan Abdul Rahman dan Adun Merlimau Roslan Ahmad.