Isnin, 11 Ogos 2014

#Jenayah Kekerasan: Mangsa culik warga Bangladesh ditemui mati


GEORGE TOWN - Seorang daripada dua warga Bangladesh yang dilapor diculik sekumpulan lelaki warga Myanmar ditemui mati di Bukit Gambir di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa berusia 39 tahun itu ditemui pukul 1.30 petang tadi dalam keadaan bogel serta mukanya ditutup dengan baju serta kesan jerutan di leher.


"Pada pukul 2 petang semalam polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Bangladesh mengatakan dia dan seorang lagi rakannya telah diculik dan dibawa ke atas bukit tersebut.

"Mangsa turut mendakwa kumpulan penculik terbabit meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 daripada rakan-rakannya," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Katanya, lelaki bernama Mozibur Rahman, 33, itu berjaya melepaskan diri pada pukul 6 pagi semalam dan mendakwa diculik sekumpulan lelaki warga Myanmar sejak Khamis lepas. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...