KUALA LUMPUR: Mayat
seorang lelaki dipercayai bekas anggota polis ditemui dalam keadaan terbaring
di hadapan sebuah kedai di Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata mayat
berkenaan ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu sebelum
melaporkannya kepada polis.
"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota termasuk
Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian dan pemeriksaan pada badan mayat
mendapati ada kesan luka di jari kelingking serta jari manis sebelah kanan
dipercayai akibat geseran pada batu dinding," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang
untuk dibedah siasat dan kes diklafisikasikan sebagai mati mengejut.