Selasa, 18 November 2014

Syarikat kurier dari China diguna seludup dadah warga Nigeria


KUALA LUMPUR - Polis mengesan syarikat perkhidmatan kurier dari Guangzhou, China yang kurang dikenali digunakan sebagai medium oleh sindiket dadah didalangi warga Nigeria untuk menyeludup dadah ke negara ini.

Sindiket dadah warga Nigeria itu juga dipercayai telah mempunyai komuniti di negara berkenaan dalam menjalankan kegiatan jenayah itu.

Bagaimanapun, taktik licik sindiket itu yang sentiasa mengubah modus operandi mereka, terus dibongkar apabila polis merampas dadah jenis syabu seberat 21.9kg bernilai RM2.2 juta di sekitar Lembah Klang.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis turut menahan lima lelaki warga Nigeria berusia 27 hingga 40 tahun, dalam lima serbuan menerusi 'Ops Candle Fish' sejak Rabu lepas hingga semalam.

"Sindiket ini menggunakan syarikat perkhidmatan kurier yang kurang dikenali bagi mengaburi pihak berkuasa mengesan kegiatan mereka yang menggunakan pelbagai kaedah untuk menyorokkan bungkusan dadah," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 

Beliau berkata, dalam serbuan pertama di Taman Putra Perdana, Puchong, Rabu lepas kira-kira 4.15 petang, polis menahan seorang lelaki warga Nigeria dan merampas satu kotak berisi tujuh set 'Printer Catridge' yang mengandungi 1.03kg syabu yang disorok di dalamnya.
   
Sehari kemudian kira-kira pukul 7 malam, polis merampas sebuah kotak yang tidak dituntut di sebuah syarikat kurier di Petaling Jaya yang mengandungi 5.04kg syabu yang disorok di dalam 10 beg galas yang telah diubah suai, kata Noor Rashid.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...